Thursday 20 June 2013

JEJU ~ Ke'hensem'an JEJU HIKING INN

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Aku gigihkan juga nak nyambungkan cite pasal ke'awesome'an JEJU HIKING INN ni walaupun kemalasan ditahap maksima. Ini rupe bangunan guesthouse tu waktu siang, sebab semalam waktu sampai aku takdan nak snap. Penat giler! Bagi yang nak tengok gambar-gambar bilik kat sini sila lah ke entry Night waterfall tu..entry ni aku hanya nak cite bab ke'hensem'an rooftop JEJU HIKING INN ni..


Ha tengok! Ade servis sewa basikal lagi kat sini..tak lupa juga..GH ni memang tersenarai dalam LP (Lonely Planet) ooooo..memang patot pon..
 Ke'hensem'an yang pertama..WALAWEHHH..rooftop ngadap laut, jambatan,hutan..complete!semua hado..

 Ke'hensem'an yang kedua..Boleh skodeng orang bawah!

  Ke'hensem'an yang ketiga..360deg view..bagi yang ingat lagi pasal gereja Katolik yang aku cite entry sebelum ni, inilah location die. Kalau tak jumpa dalam GPS mana GH ni..korang taip aje GEREJA KATOLIK. 


 Ke'hensem'an yang keempat..ehem..cam biase, bergambo di rooftop

 GH ni ada dua pantry. 1 kat bawah, 1 kat rooftop ni. Semua ada..water dispenser, microwave etc.. 

Ke'hensem'an yang paling superb!! Breakfast megi RUSKI tomyam di rooftop! Perggghhhhhhhhh memang OHSEMMM!!


Haaa...zoom in..ini la tokei GH ni..Ahjuma ni la terpegun tengok kami bawak periuk dari Mesia..Hahahha tarak hal la ahjuma..ini kicik punya hall!! Ahjuma ni memang haram tak tau cakap omputih. Tapi kalau email, die jawab je omputih. Rupenya kalau time siang ada anak die ke anak sedara ke..cucu die ntah yang jage GH ni. Sementara ada orang lain jaga, ahjuma & ahjushi GH ni la yang kemas sendiri semua bilik yang ada. Jadi kalo korang kesian kan ahjuma ngan ahjushi ni, jangan la wat semak lam bilik tu..Paham dop?

Siap breakfast, kami checkout & cekidout lah sendiri lepas ni kami ke mana pulak! Heeee..

Sekian.. Wassalam..

4 comments:

sismieza said...

de lg kehenseman trtinggal...kt blkng tu leh nengok mt halla....

secret hideout idman....depan laut, blkg bukit !!!

Unknown said...

hahaha memang ke mane pegi bley nampok mt halla..okeh..kehenseman ke5..seperti di atas!hehe

Maisarah Shariff said...

boleh type bahasa melayu ke kat gps tu? awesome!

Unknown said...

boleh..nanti die buat word search!ahahhahahha