Sunday 9 June 2013

JEJU ~ Day 1 Part 2 : Misteri Si Cinderella @ Yongmeori coast

Sambungan cerita 7 perhentian sebelum ini..

4th - O'sulloc Tea museum
Tetibe ujan plak bile sampai sini..memang dari glass castle tu pun da mendung. Tapi diingatkan bawak baju hujan kalau ke Jeju ni sebab memang selalu hujan. Sesampai kat tea museum ni, kami decide taknak masuk dalam kebun teh tu sebab yang ni kat cameron pon hadoo..jadi kami masuk kat cafe die je. Pekena teh panas sedap neh time ujan-ujan camni..


Layan roll tea cake, tea latte ngan ice cream tea ni..Habis 16,000 won.wuuuuu boleh dapat set lunch mewah ni..tapi disebabkan nak try kan..tak pe jelah. Naseb sedap!

Benda-benda yang jual kat sini semua berasaskan teh...antaranya shampoo, skin care dan macam-macam lagi. Tapi harga pon boleh tahan jugak.

5th - Kebun limau tak tau sape punye

On the way dari jeju glass castle ke O'suloc tea museum tiba-tiba ternampak kebun limau ni tepi jalan. Ape lagi, tengah syok-syok drive laju walaupun tak lebih 60km/hr hokehhhhh..pfffffff, aku terus belok kiri masuk parking kebun ni. Tetibe dengar..'Adoiiii..woooiii!!!!' kak mizah menjerit sebab kepale terhantok. Yelah tetibe aku buat lap kat situ..da ler kak mizah panjang.Ngeeeeee jangan marah sis! Park kereta n tangkap2 gambo je kat sini. Masuk kejap kedai ajuhma yang jual limau ni. Tapi nape ntah tak terpikir pon nak beli.


Limau yang besor giler..maybe tanah hasil volcanic ni yang buatkan limau ni jadi mutant!hahaahhha

6th - Mt Sanbangsan & Yongmeori coast
Mount Sanbangsan & Yongmeri coast terletak berdekatan je atara satu sama lain. Mount ni aku tak sure boleh hiking ke tak tapi adalah tangga-tangga nak naik tengok patung-batung berhala kat atas tu. Kami tak naik pon, tengok view mount ni dari tempat paking nak masok Yongmeori je..

Kalo korang tengok background gambo ni adalah view Mount Sanbangsan. Ada banyak temple kat situ. So kalau tak nak hike atas tu cukup sekadar memerhati dari jauh. Kami decide terus nak masuk Yongmeori sebab ari dah nak gelap masa tu. On the way nak masok Yongmeori ni kena lalu pathway yang die dah buat. Agak jauh jugak + angin die menderu-deru dasyat!!

"Hai cewek Mesia..'kata kuda gatai tu..hahaha

Jalan dalam 10minit dah sampai ke kaunter tiket nak masuk Yongmeori. Entrace fee = 2,000 won/pax. Gambar di atas sedikit sebanyak pasal sejarah kewujudan tempat ni..korang baca lah, aku malas nk cerita. Tempat ni juga diiktiraf oleh UNESCO dan aku rase memang patut diiktiraf pon. View nya masyaAllah..subhanAllah..

Ala-ala pintu masuk..

Hasil hakisan hydrovolcanic..

Memang tak terfikir bagaimana ia diciptakan..

Wuuu sejuk nak mampos kat sini..macam angin tu bawak wap ais je rase!



yang ini adalah Dragon's tail..Dragon's head tak sempat nak pergi..uwaaa kalo korang ada mase pliss visit Yongduam rock kat area jeju-si..that's the head!

Kami spend dalam setengah jam juga kat coast tu, dan ini view on the way back. Pergi dan balik ikut jalan lain sebab nak tengok view berbeza..Kalau mase pergi tadi ikot yang belah kiri ada pagar-pagar tu, jumpa lah sang kuda cokelat tu.Mase balik si kuda-kuda da masuk kandang..Selain tu ada view kapal yang belum siap lagi. Maybe nak jadikan museum lepas ni ala-ala macam kat Melaka tu..

View the other side of the coast..
 Gambar from galaxy note II sismieza..hehe
 
Hokeh next destination adalah nak carik tempat solat! Hari da nak senja so kena solat kat sini jugak sebelum teruskan perjalanan. Niat mula-mula nak pi cari toilet & amik wuduk lepastu solat kat tepi kereta je. Tiba-tiba..we found this...

Aku tak tau air ni datang dari mane tapi memang untuk diminum..tapi kami jadikan paip untuk ambil wuduk! ahhaha kalo tau dek management tempat ni kompem kena maki

Tunai kewajipan dulu..tq mafla sismieza (lagi skali)..hahha..Tempat tu macam bekas tourist information centre yang da tutup.. memang aku takkan lupa scene solat ditepi laut, dengan pandukan matahari yang nak terbenam dan yang paling aku ingat tahap kesejukan yang melampau! Huhhhh Syukur..kami diberi peluang untuk merasai nikmat ni..

Budak-budak korea yang agak teruja tengok kami tunggeng terbalik solat..Friendly habess..siap bagi mai siput lagi..hahaha ko ingat lagi mai?? naseb tak bawak balik, kalo tak memang PULANGKAN ler......

Sementara tunggu matahari terbenam, jom layan kehebatan henpon masing-masing!

Sila carik CINDERELLA sebenar kek gambor atas..heeeeee

Huhhhh sekian untuk perhentian ke-6..perhentian terakhir & kat mana kami tido malam ni sambung nanti

Wasssalam...

7 comments:

sismieza said...

royalti gambo mn neh....up sushi se set lg as paymnt

no sushi, no talk n no scene hokehhh...kihkihkihhh

Wawa Abdullah said...

Gambar semua cantik + tenang..:)

Wawa Abdullah said...

Gambar semua cantik + tenang..:)

Unknown said...

@sismieza : hahahah oiittt buat scene dulu bagi lengkap 1 set pengambaran baru talk about payment!kihkihkih

@wawa : Mekasih..tapi memang sgt tenang di sana..moh2!ke jeju lagi..heheh

bicara mak dara said...

wahhhh besttttnyaaa.. bilalah agaknya dapat ke sana ..

salam dr Adzairdawati (MBC group :)

Unknown said...

sis adza : hehe nak g esok pon bole..gi beli tiket malam ni gak!hehehe

zalmoncager said...

Slots Rental Locations | Mapyro
Best Slots Rental Locations In The World. All slot machines are owned by the 광양 출장마사지 same 김천 출장안마 people, so 서산 출장샵 the casino is no different. This is 안동 출장마사지 where the 시흥 출장마사지