Sunday 2 June 2013

JEJU ~ Transportation

Gimpo Airport
14 April 2013 - pukul 530 pagi dah siap-siap nak gerak ke Gimpo airport, tapi turun je dari motel Puong Hwajang tu hujan la plak, mula-mula gagah jalan kaki tapi makin lama makin lebat pulak, terus tahan teksi ke airport (sebab tu ade teksi lam bajet jeju). Flight ke jeju pagi tu pukul 635am, Jeju airport ni bukak pukul 6am. Ce bayangkan camno tu nak checkin..huhhhh tapi memang sempoi lah airport ni..

Gimpo airport ni kecik je.. Masok pintu airport terus nampak kaunter. 6am pun da ramai giler orang. Ada 2 jalan je nak gi jeju ni iaitu jalan udara or jalan air..Of cos la kan da name pon island..takkan ade jalan darat pulak unless South korea nak buat express train for the next 10years.heheh. Disebabkan kami memilih untuk amik jalan udara, jadi aku boleh bagi info sedikit sebanyak pasal hal-hal kapei terobang je ler..Kalau korang ada banyak masa better try naik feri.  Dari  busan boleh naik train dulu pastu naik feri. Ada orang cakap view memang ohseemmm!!  So, aku hanya stadi untuk jalan udara jelah untuk trip ni sebab nk jimat masa..Antara syarikat penerbangan ke jeju yang boleh disurvey:


Kami pilih Eastarjet sebab yang tu je ada harga promo. Kena rajin survey sebab harga tiket memang same sebijik macam airasia..kejap naik, kejap turun. Survey punyer survey dapat lah harga 91,000 won seorang.

Antara kelebihan eastarjet ni adalah macam yang aku da compile kan kat gambo di atas dan di bawah ni. Starting dari proses web check in, sampai lah ke departure..semuanya terbaekk! Just print out boarding pass lepas check in..korang boleh terus pegi VIP kaunter untuk drop luggage, tak payah nak beratur sesak-sesak. Aku summarize kan jelah benefit yang korang akan dapat kalo amik eastarjet ni (bukan nak promote tapi sekadar sharing).
  1. Free seat selection masa web check-in (2 weeks before departure)
  2. Free 15kg luggage per person
  3. Gate close 5minutes before departure (ni lah reason airport bukak pukul 6am even flight depart 635am..DAEBAKKK!!
  4. Kalau luggage overlimit, hanya charge 2,000 won/kg ~ RM 6/kg.. giler murahhhh! kalo aa ni 1kg = RM50..fffffpppppuuhhhh 
  5. Departure hall memang betul-betul depan pintu masok. So tak payah nak berlari-lari berkejaran kejar flight kalau lambat!
  6. Free Shuttle bas untuk naik pesawat (aku rase lain-lain flight pon ade servis ni) 
  7. Yang paling aku suke >>> lukisan-lukisan dalam cabin tu sangat ler comei
  
 

Ce perhatikan kecomelan interior design dalam cabin..hee tak sempat amik banyak gambo sebab memang time ni kepala haywire! Jeju airport betul-betul terletak kat tepi pantai..mase nak landing tu memang rase macam nak menjunam teros ke laut je..fuhhhh dengan turbulence yang dahsyatnye sepanjang penerbangan. Semua mengucap panjang..serius melayang sebab eastarjet ni gune enjin kecik macam firefly. Alhamdulillah kami selamat landing & dipanjangkan umur lagi..Perjalanan dari Gimpo ke jeju makan masa selama 45min-1jam.

Jeju International Airport 

Setibanya kat Jeju airport, terus terjah caffe bene ni, perut dah lapar giler..dengan kecut perutnye mase kat kat atas tu..semua penin-penin lalat! Ada la beberapa menu pernah student mesia yang belajar kat korea ni bagitau yang bole dimakan kat caffe ni, kami order beberapa jenis waffle & coffe sebagai 'brunch'. Caffe bene ni ade banyak branch kat seoul. Kat Jeju ni aku jumpe kt airport je. Tak perasan lak kat tempat lain.
Selesai isi perut, kami bergegas cari kiosk kereta sewa pula. Ada banyak transport korang boleh pilih untuk round 1 pulau jeju ni. By public transport (bas), kereta sewa, or even motor sewa. Aku penah bace 1 blog ni die travel jeju by scooter je! perghhh tabik spring toink toinkk..semua jenis transport ni ada baik ngan buruk die. Nak jimat opkos by bus tapi nak tunggu bas ni agak lambat gak. Kalo korang terlepas 1 bas, memang lame nk tunggu the next bas. Kalau naik scooter memang lah ohsemmm, macho habiss lah tapi tapi tapi....terbakor ler nanti!hahah jadi, paling best aku rase travel by kereta sewa. Tapi kalo lebih dari sorang baru lah berbaloi amik kereta sewa. Boleh tong-tong..kalo travel solo berbaloi lagi guna public transport je..Ada 2 syarikat yang femes buat servis kereta sewa ni iaitu:
Prosedur dari booking sehinggalah nak pulangkan kereta sewa ni kat mana-mana company sama je. Just follow the flow:

PICK-UP
  1. Buat online reservation siap-siap dari Malaysia
  2. Carik kiosk kaunter apabila sampai kat Jeju airport
  3. Naik free shuttle bas ke office kereta sewa, dalam 5minit je sampai dah (yang kat aiport tu hanya kiosk je)
  4. Kat office --> tunjuk je print out booking confirmation, tunjuk Driving International Permit & passport, fill in agreement form, sign agreement, bayar (swap CREDIT CARD only). 
  5. Company tu akan tunjuk mane kereta sewa kita & tunjuk macam mana nak handle that car. Masa ni sangat2 penting! Sila check betul2 kalau ada scratch ke..berlobang ke kat body kereta tu, inform company tu awal2 takut nanti masa pulangkan kereta die tuduh kite plak yang buat. Tak pasal-pasal kena penalti.
  6. Make sure tanya kereta tu guna GAS ke PETROL
  7. Pastikan gas/petrol full tank
  8. Mintak GPS with English translation + Portable Wifi (both are free)
  9. Jangan lupa mintak GPS coordinate siap2 office tu, senang nanti nk return kereta tak sesat!
  10. SIAPPPPP!!Ready..get..set..GOOOO!!! boleh lah start pengembaraan.
DROP-OFF
  1. Pulangkan kereta kat tempat yang sama (means office die ler)
  2. Pastikan gas/ petrol full tank
  3. Company akan check kereta if ada sebarang kecacatan
  4. Naik free shuttle bas ke airport
So..that's the fact & itulah pengalaman yang kami lalui..Setelah ditimbang baik buruknya, KT kumho menjadi pilihan hati..

Semua yang di atas ni cuba link kan dengan gambar-gambar dibawah ni..





 * Kiosk kaunter semua kereta sewa terletak kat Gate 2

* Just tunjuk booking confirmation & automatik minah ni akan suruh kita carik shuttle bas seperti yang die tunjuk tu.. (awat horror sgt muke??)

 * Shuttle bas yang diungkapkan banyak kali


 * Main Office KT kumho


* International Driving Permit -MUST HAVE ITEM kalau nk merempit & drift kat Korea 

Info International Driving Permit / Permit Memandu Antarabangsa (IDP):
  • Tempoh sah laku hanya setahun
  • Boleh buat di mana-mana cawangan JPJ/ pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
  • Perlu sediakan dokumen:
    • Borang JPJ L1
    • Lesen memandu domestik asal dan juga salinan (make sure masih sah tempohnya untuk 1 tahun)
    • Kad Pengenalan asal dan juga salinan
    • Pasport asal dan salinan (bagi bukan warganegara)
    • 2 keping gambar warna ukuran pasport
    • Opkos sediakan duit  RM150
    • 15minit SIAPPPP!!

* Tunjuk booking confirmation yang dah ready di print out


* Tadaa.....inilah si KIA Morning kami..Check first!

* Kalau korang gi beramai-ramai boleh ler pilih lain2 kereta yang lebih the bommbb!! hahaha


* Free GPS with English translation + Portable wifi a.k.a Olleh egg


* JOMM explore! <walaupun tangan gigil drift gune jalan blah kanan, gear blah kanan, duduk blah kiri>

 
* Driving kat jeju kena fokus yang teramat sangat sebab kiri kanan view memang ohsemmm!! Jangan terlalu asyikk menikmati keindahan alam ketika memandu.. 


* Cabaran pertama: Mana satu line untuk kenderaan laju & mana satu untuk kenderaan perlahan? sampai sekarang aku tak boleh figure out!Hantam sajalah labuu..


* Cabaran kedua: Memandu tidak lebih 60km/hr sebab speed trap ada di mana-mana..memang rasa nak maki je bile drive less than 60km/hr di jalan yang lengang.

# Pesanan ikhlas dari penaja : Jika pemandu lebih daripada seorang..sila pastikan yang seorang lagi tu pon ada IDP. Dan yang paling penting..jangan lupa bawak IDP!!hahahah <pesanan ditujukan kepada yang berkenaan> tapi ape-ape pon, kamu-kamu sume adalah co-pilot yang hebatt!!

Ke mana pulak kami lepas ni?? tunggu..next entry! blom habehh lagi gambo di'watermark' kan...heee

Daaaa...

Wassalam... 

25 comments:

Maisarah Shariff said...

mohon jangan tinggalkan IDP anda di seoul. pastikan ia dibawa bersama..

Maisarah Shariff said...

maaf saya noob, nak tanya siket, gps tu berguna tak dalam pencarian tempat untuk dituju? atau memang kena rely on map jugak? terima kasih.

sismieza said...

hahahhaa...menusuk ke sum2 tulang nyer pesanan penaja

Unknown said...

Cik maisarah shariff! terima kasih pesanan berharga tu..hahahha

Yup!! lupe nk kabo..GPS tu bukan ley caye 100%! MAP is always no1!!

Hahaha aku geget jugak ko neh kan..

Unknown said...

sismieza..harap tak terase!ahahha

sismieza said...

bereh boh...

main road leh le brgantung harap ngn GPS...jalan susur galur halus2 tu ttp MAP is the best (sila mnt English version kt kaunter..idopnye deme2 tu display kt tourist corner)

smashlee said...

how much does the rental cost? amek bpe ari?...

smashlee said...

how much does the rental cost? amek bpe ari?...

Unknown said...

@smashlee : Rental price for 4D3N = 101,520kw
Petrol total for 4D3N = 46,000 kw..
saya dah list out kat entry jeju backpackers bajet..heheh

Anonymous said...

gear keta tu auto ke?

Unknown said...

auto..masak ler nk tuko gear
tgn..hohoh

Anonymous said...

hai, nk tny, yg sewa kereta dekat kt kumho tu awk mmg dapat harga 101,520 won utk 4 hari ke?

Unknown said...

Yup..mmg rege 2. Register dlu as membe kt website die..de diskaun member price.

Anonymous said...

Oo..lps tu kan..betul ke utk foreigner yg nk sewa keta kt korea ni mesti umur 25 tahun ke atas?

Anonymous said...

Kalau book je dulu then baru buat international licence tu bole ke?

Unknown said...

Boleh.email je ke website tu ckp nk book n akan bgtau no license international tu later..nnti bile dh buat lesen tu email balik kt die. Die akan link kan balik ngn booking kite.pasal 25 tahun 2 xsure la plak..mcm x je..as long as kite de lesen kt mesia cukop..

lizzy said...

assalamualaikum..sis nak tanye..how u print the boarding pass? because i click kat button "boarding pass print" tapi m waiting for an hour tpi takde apa2 pun happened..n when i reload and try for the second time, i cant:( pls help..

lizzy said...

assalamualaikum..sis nak tanye..how u print the boarding pass? because i click kat button "boarding pass print" tapi m waiting for an hour tpi takde apa2 pun happened..n when i reload and try for the second time, i cant:( pls help..

lizzy said...

assalamualaikum..sis nak tanye..how u print the boarding pass? because i click kat button "boarding pass print" tapi m waiting for an hour tpi takde apa2 pun happened..n when i reload and try for the second time, i cant:( pls help..

lizzy said...

assalamualaikum..sis nak tanye..how u print the boarding pass? because i click kat button "boarding pass print" tapi m waiting for an hour tpi takde apa2 pun happened..n when i reload and try for the second time, i cant:( pls help..

Mummy Awin said...

As salam sis.nak tanya jugak.
Saya dah berjaya beli tiket thru Easterjet 2 bulan lepas,tak ada masalah.
Then, kita boleh pilih untuk seat arrangment kan? Yang ni pun berjaya jgk.
Tapi yang tak berjaya nya print e-boarding pass.
Ada pop up msg, You cannot print boarding pass, due to a passenger discounted.
Try banyak kali pun tak boleh huhu.
Kenapa ya?

Anonymous said...

tumpang tanya camna cara beli tekit Easterjet Jeju online. Dah isi. Seterusnya keluar dalam Bahasa Korea... dan tak gerak dah...

Anonymous said...

salam, betul ka portable wifi tu percuma?

Unknown said...

Sis,nk tnya harga tiket easterjet promo then murah bila nk payment harga jdik mahal..jdik double..mmg mcmtu ke?atau sy kna klik apa

Anonymous said...

sis nak tanya, ada masalah tak kalau nama terbalik di tiket eastar jet? cth, Siti Nuraishah Mohd Halim jadik MohdHalim,SitiNuraishah?