Wednesday 22 May 2013

Seokchon Lake Cherry Blossom Festival (Sakura Craving Part II)

Sambungan daripada entry Jimjilbang & Sakura craving Part I

Masih di hari ke-2 (13 April 2014)

Keluar daripada KTO tu terus carik stesen subway yang paling dekat, iaitu City hall (line 2). Destinasi seterusnye adalah mencarik sakura buat kali kedua untuk hari ni. Seokchon Lake Cherry Blossom Festival 2013. Festival ni berlangsung dari 13- 14 april 2013. Dah rezeki nak tengok cherry blossom alhamdulillah kami disana pada hari kejadian. Siapa yang nak ke korea time spring jangan malas nak google dlm kto nye website list of event yang akan diadakan dalam kalender tahunan dorang. Kalau malas wat research memang melopong jelah tengok cherry blossom yang mane depan mata korang! hahaha

Route : City Hall (line 2) --> Jamsil (line 2) exit 2 or 3

#AMARAN : sebelum sampai stesen Seongsu, sila makesure train yang korang naik tu akan ke arah konkuk university, dan bukannye ke arah Yongdap. Sebab train line 2 ni pecah dua line kat seongsu. ala-ala macam stesen LRT kt mesjid jamek ler. Ada yang pegi ampang, ada yang pegi Sri Petaling..Hahahah kalo tak alert memang jadi macam kami ler! nanti aku cite bab sesat mase balik.

 
Kalo train yang korang naik tu ke arah Yongdap korang turun la kat stesen Seongsu tu tunggu train ke arah Konkik U pulak.


 
* Kaler merah: Jalan kebenaran * Kaler hitam: Jalan kesesatan

Keluar dari exit 2, terus jalan dalam 200meter ikot arah ke mana orang ramai pergi sebab memang dah rase hilang arah mase tu..dengan takde signboard langsung macam mana nak gi ke lake tu. Tapi tapi tapi, one of landmark yang sempat di snap adalah seperti gambar di bawah ni:

 
* Keluar dari exit 2 terus nampak patung diatas ni. Patung ni bersebelahan dengan Lotte World Hotel

*Lepas nampak patung tu korang kena seberang jalan (pastikan anda berada di kawasan belah Seoul Norimadang) 

Dah nampak 2 landmark ni pepandai korang lah ikot orang yang lalu lalang ramai-ramai nanti. Langkah je masuk pintu gerbang lake tu..pergghhhhhhhh ini baru betul-betul owhseeemmmmm!!!! memang menangiss.. <ini serius> memang speechless..korang ratapi lah sendiri gambar-gambar dibawah. Gua malas nk explain..
* Lautan manusia dibawah Chery blossom tunnel
 
* Indicator for the festival..Balloonnnn

 
* Keliling Seokchon Lake yang penuh dengan Cherry Blossom
 
  
* Sanggup panjat tebing lake tok meratapi ciptaan tuhan yangg..owhh SUBHANALLAH..
 
 
 
* Merpati pon mau berfestival
* Another Landmark: Lake ni memang betul-betul terletak kat sebelah Lotte World. Lotte World ni ala-ala taman tema cam kat genting.
* Photospot yang paling digemari..Bajet Obersea! hahah memang kat obersea pon!!

Hari pon da nk gelap..kena pantas balik amik beg kat myeongdong hostel sebab nak kena gi hostel gimpo airport yang onni KTO tu carikkan tadi.

Akibat dah tersalah denga..jadi ini route kami balik ke myeongdong :
Jamsil (line 2) --> sinseoldong (line 2) --> Dongdaemun interchange --> Dongdaemun History & Culture Park (line 4) --> Euljiro 1(il)- ga (line 2)


* PERINGATAN AGAIN!: sila dengar betul-betul apa yang minah subway tu cakap. Kami tersalah dengo jadi memakan diri sendiri...tapi takpa itu semua pengajaran

Sampai je kat myeongdong hostel tengok-tengok kat pintu hostel ada nota. "takde orang kat atas..kami keluar makan malam.." hadoooihhh receptionist die g makan lah plak! haishhh sape nk bukakkan pintu ni??? da la hostel ni pakai access card..adoyai macha..lain kali standby lah sorang..kalo ade guest baru nak masok macam mane? ha...tak ke melepas lah korang income harini. hadoii bala ape lak ni..da ler salah train..kene lock dari luar plak. Kami nak amik beg je pun je..


Nak tak nak kena lah melangut depan pintu hostel tu tunggu kot-kot ade guest lain nak nek bilik..tunggu punye tunggu takde orang pon..kami decide gi berlegar-legar kat lotte duty free yang terletak di seberang jalan hostel. Niat dihati nk tapau makanan siap-siap kat lotte tu. Cehhh skali masok memang duty free shopping complex je dalam tu. Building lotte ni kat mane-mane je ade area seoul ni, lotteria..lotte world..lotte hotel..lotte etc.. Memang takde pe yang boleh ditelan kat dalam lotte duty free tu..hanya melihat ahjuma ahjuma kaya bershoping je. Sempat jugak lah snap gambar decoration dalam lotte tu..spring theme + star avenue yang ada tapak-tapak tangan retiss korea yang aku tak kenal! 

 
* Bengang kene lock dari luar  *kiri :siang lagi *kanan: dah masuk Isyak dh!

* Spring theme deco
 
* Dah macam Kungfu hustle je rase..

Dah tak tau nak carik makan kat mana lagi, kami kembali semula ke hostel dengan harapan mamat receptionist tu da balik makan! Tapi hampeh sangkaan meleset..dorang tak balik lagi pon. Tapi nasib baik ade guest nak naik..kami follow jelah.alhamdulillah..Dengan cargasnye amik beg masing-masing & tinggalkan note kat kaunter bagitau yang kami dah amik beg. Takot diorang ingat beg kami hilang kena curi pulak nanti..

Yoosshhhhh!!! penat gilerrr...lapar gilerr tapi kami gagahkan jugak turun dari hostel terus amik subway.

Route:
Euljiro 1(il)-ga (line 2) --> Chungjeongno interchange --> Songjung (line 5)


sampai songjung station..lagi skali kami lost!! tak tau exit mana..belasah jelah ikot map onni kto bagi tu..kua je dari exit pi sergah ajushi & oppa tanya mane motel tu. again...lost in translation!tapi gua respect kt semangat cuba untuk menolong orang korea ni. Walaupon ditanya dalam bahasa omputih, dorang tetap akan balas dengan bahasa ibunda dorang. Kami follow route yang oppa tu bagi & berbekalkan no telefon yang ada dalam map tu..at LASTTT!!! jumpa jugakkk!! Okeh sampai sini memang rase nak buang suma beg. Start dari sini sampai the end semua gambar blurr sebab tangan da gigil kesejukan + kelaparan. sumpahh penat! 


* Logo motel yang tidak dijangka!
Kami disambut mesra ngan ahjuma & ahjushi motel mase checkin..maybe dioranglah owner motel ni. Sebab tu tak masuk dalam google list motel ni! hahaha. walaupon motel ni nampak biase dari luar..tapi bila masuk bilik..woww..not bad! lagi bagos dr myeongdong hostel yang rege 100, 000kw/ nite tu hokehh..hostel ni rege 40, 000kwn/ nite je...
 
* Hot floor family room, siap ada bath tab..nak berendam macam kerbau pon boleh. TV, shampoo, towel, sabun, sikat..semua complete!

Lepas siap intai-intai bilik kami terus carik microwave kat dapur ahjuma tu sebab nak panaskan instant rice yang kami beli kat kedai gs25 area myeongdong mase melangut tunggu mamat hostel tadi..tapi bila tanya ahjuma tu.... aduhhhh lagi satu bala..microwave die rosakkkk!! demmmm macam mana nak masak nasik ni..Instant rice tu memang kena panaskan dalam microwave dalam 15-20minit baru lah betul-betul masak. Tanpa rasa muka bersalah ahjushi tu pantas carik periuk & portable stove die kat dapur..Perghhhh gua respek lagi sekali orang korea ni! Die tolong rebuskan nasik tu..tapi aku da tau awal-awal taktik ni takkan menjadi sebab suhu air mendidih baru 100degree, mane mau masak nasik ni! Ikuti perjalanan nasik kami mengikut turutan dibawah..
* Kiri atas : Instant rice yang dimaksudkan berharga 1550kw - 5000kw mengikut brand & kuantiti
* Kiri tengah : Sesi merebus didapur
* Kiri bawah : Sesi merebus bersambung di bilik (ahjushi yang suruh masak dalam bilik)..GAGAL
 * Kanan atas : Nasik tak lut direbus..isinya dikeluarkan, tambah air sikit & kacau atas api..BERJAYA!!
* Kanan bawah : Nasik sudah ditelan bersama-sama sambal ikan bilis ibunda mai+kicap jalen+ikan bilis goreng mak aku..

Instant rice ni memang nikmat giler..rase macam beras untuk masak nasik sushi. Rase beras pulut pun ada. Memang jadi our feveret food sepanjang kat sana & bolah kata makanan ruji kot! <mood nyesal tak beli bawak balik mesia>..
Selesai isi perut..siap-siapkan diri sendiri...jam pun dah pukul 2pagi masa tu..Esok nak bangun pagi-pagi buta, flight kami ke Jeju pukul 635am..perghh bape jam je dapat tido! 

ZZzzzzzz

Wassalam..



2 comments:

niL said...

Assalam..

Apa nama motel tu ye?
Bleh bg details tak?

TQ

Unknown said...

NiL..mmg name 2 seperti tertera kt cermin atas tu. Puonghwajang motel.mmg xde wbsite ke hape.ni pon org tourist info yg carikkan.uhuuu